Banduan Pintar

Seorang bapa menulis surat kepada anaknya yang berada di penjara kerana terbabit dengan kes rompakan bank.

Tulisan surat si bapa berbunyi, "Anakku, ayah sudah tua, lak larat lagi nak ke bendang, orang lain dah mula membajak. Tapi siapa nak lolong ayah? Kamu pula dipenjara."

Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian, bunyi balasan surat tersebut ialah:

"Tolonglah ayahh!! jangan dibajak sawah itu,,, kerana di sanalah saya tanam duit bank yang saya rompak."

Rupanya surat itu disensor pihak penjara, lalu berita itu disampaikan kepada pihak polis, maka datanglah ramai polis dan jentolak untuk mengali sawah milik bapa banduan tersebut dengan harapan dapat menjumpai wang rompakan.

Si bapa kembali menulis surat kepada anaknya, "Anakku, setelah ayah terima suratmu, datang salu pasukan polis dan tentera membajak dan menggali seluruh sawah kita tetapi tidak berjumpa apa-apapun. Apa harus ayah buat sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang ayah bolehlah mula menyemai padi, bukankah sawah sudah dibajak dan jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka semua".

- dipetik dari Jenaka Selamba Santai -
Share on Google Plus

About Webmaster

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 pengomen:

Post a Comment