Takut Bini

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini telah memerintahkan sekelian rakyatnya, lelaki sahaja, berkumpul di suatu tampat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat bela, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri bela.

Maka tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda kecuali seorang yang sedang memeluk sebatang tiang.





Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Raja: Wahai saudara, ke mari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Raja:
Eh! Kamu lah ke mari.

Lelaki: Tuanku lah ke mari.

Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Raja (dalam hati):
Tak apa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke lempal lelaki tadi. Sesampai sahaja di lempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, paliklah orang yang paling takut pada bini

Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta?

Lelaki: Sebenamya tuanku. isteri patik telah berpesan kepada patik supaya, tunggu di tiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang.

Mendengarkan jawapan lelaki tadi, Baginda teramat murka lalu mengarahkan pengawal membunuh lelaki tersebut.

- dipetik dari Jenaka Selamba Santai -
Share on Google Plus

About Webmaster

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 pengomen:

Post a Comment