Ragam cikgu

Cikgu Lee merupakan guru yang baru bertugas mengajar di Sekolah Bukit Mentok. Sebelum memulakan kelas pada hari pertama di sekolah, dia mengambil kedatangan murid.

Cikgu : Murid-murid semua, bila cikgu panggil nama sila menyahut ye!
Murid-murid : Baik cikgu
Cikgu : Ali Bin Bakar
Murid 1 : Saya cikgu
Cikgu : Ahmad Bin Dolah
Murid 2 : Saya cikgu
Cikgu : Murad Bin Najib
Murid 3 : Saya cikgu
Cikgu : Abu Bin Masdor
Murid 4 : Saya cikgu
Cikgu : Latip Bin Salleh
Murid 5 : Saya cikgu
Cikgu : Man Bin Ghani
Murid 6 : Saya cikgu

....

Cikgu : Hmmm... Nampaknya dalam kelas ni sudah ada ramai cikgu... buat apa lagi saya nak mengajar

Cikgu Lee kemudiannya melangkah keluar dari kelas meninggalkan murid-muridnya dalam keadaan terpinga-pinga.
Share on Google Plus

About myphpmaster

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 pengomen:

Post a Comment