Pak Abu yang bercerai dengan isterinya lima bulan lepas begitu sedih apabila mengetahui yang isterinya itu akan berkahwin semula. Yang lebih menambahkan sedih dan geramnya ialah apabila mengetahui bakal suami jandanya itu ialah kawan baiknya sendiri iaitu Pak Mat. Dia berkira-kira hendak mensabotaj majlis perkahwinan tersebut tetapi membatalkan hasratnya itu di saat-saat akhir setelah hatinya pasrah.
Pada hari pasangan pengantin baru itu diijab kabul, Pak Abu berkeseorangan memandangkan beliau begitu sedih dan tidak sanggup untuk turut sama dengan penduduk kampung yang lain meraikan pengantin baru itu. Dia membawa diri bersama hatinya yang lara itu jauh ke pekan sehingga pulang lewat malam.
Sekembalinya Pak Abu dari pekan, kawasan sekitar kampung senyap sunyi. Hanya sesekali terdengar bunyi anjing menyalak sayup membuatkan bulu roma Pak Abu menegang. Di celah-celah keheningan dan kegelapan malam itu, tiba-tiba Pak Abu terdengar bunyi rengekan perempuan dari suatu arah yang berdekatan. Pak Abu pantas mencari arah datangnya bunyi tersebut dan apabila dia melintasi perkarangan rumah bekas isterinya barulah dia perasan yang bunyi itu adalah suara jandanya dulu.
"Cis, rupa-rupanya kau Bedah! Nampaknya kau dah ada pengganti. Tak apa malam ni aku akan skodeng engkau. Baru puas hati aku sebab aku cukup yakin Mat tu taklah sehebat mana", bisik Pak Abu.
Pak Abu terus menuju ke tepi rumah dan duduk betut-betul berdekatan bilik bekas isterinya itu dan cuba untuk mengintai ke dalam bilik. Malangnya kegelapan menghalang Pak Abu melihat hatta segaris cahaya sekali pun.
Selang beberapa minit kemudian terdengar orang terbatuk-batuk. "Itu suara Mat! Dah habis berasmara ke diorang nih?", bisik Pak Abu. "Terlepas peluang aku.."
Memang betul telahan Pak Abu, mereka sebenarnya sudah habis dua round dan Pak Abu memang terlepas peluang untuk menyaksikannya. Lagipun suasana memang gelap pekat, tak mungkin Pak Abu nampak dengan mata kasarnya.
"Sayang, macamana? Dah puas ke?", terdengar suara Pak Mat dari atas rumah. Pak Abu mengundur semula setelah berkira-kira untuk balik setelah hampir 15 minit keadaan senyap sunyi di kawasan tersebut. Pak Abu melekapkan telinganya ke diding berdekatan suara tersebut.
"Puas, tapi...", suara bekas isterinya kedengaran. Pak Abu mendengar dengan teliti lagi.
"Kenapa, kau ni mesti ada sesuatu yang tak kena ni", Pak Mat meninggikan suaranya.
"Aku nak tanya kau sikit, antara aku dengan Abu siapa lagi hensem?"
"Pak Abu lagi hensem", jawab Bedah. Pak Abu ketawa kegirangan di bawah rumah sambil menutup mulut bimbang didengari mereka berdua di atas.
"Oh, tak apa! Siapa lagi kuat semasa berasmara?"
"Abu"
"Cis.. hampeh betul kau Abu. Tak apa", bisik Pak Mat dalam hati dan bertanya lagi.
"Anu siapa lagi besar"
"Abu"
"Anu siapa lagi panjang"
"Abu"
"Anu siapa lagi keras"
"Abu"
Wah, ini sudah memberi kemenangan mutlak buat Pak Abu dan dia memang begitu gembira serta bangga sekali di bawah rumah itu. Kembang kepis hidungnya mendengar jawapan balas bekas isterinya itu. "Kan aku dan cakap, Mat ni taklah sehebat mana", bisik Pak Abu.
Pak Mat pula kelihatan tidak berpuas hati dan bengang. Dia tidak tahu lagi apa yang ingin disoal. Seketika kemudian dia bertanya semula.
"Yang ni mesti aku menang", bisiknya.
"Bedah, bulu siapa lagi panjang?"
"Hmmm...... bulu abanglah"
Sebelum sempat Pak Mat bersuara membalas jawapan Bedah, terdengar bunyi laungan kuat sekali dari bawah rumah, "Woi, apa ni bulu panjang pun kau nak kira! Aku tak heranlah"
Maka serentak dengan itu terkantoilah Pak Abu mengskodeng bekas isterinya sehingga riuh satu kampung. Alkisah, semenjang kejadian itu, penduduk kampung memanggil Pak Mat dengan gelaran Pak Mat bulu panjang!.
Kah kah kah
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 pengomen:
Post a Comment