Kurang Ajar

Dalam suatu perbicaraan di mahkamah. Hakim meminta pesalah berdiri unluk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji", kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang menjerit, "Kurang ajar!"

"Sila bertenang. Ini mahkamah!" tegas hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan.

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan menggunakan pisau"

"Celaka!" Jerit pengunjung tadi.

"Tenang, bawa bertenang!" tegas hakim dengan keras.

"Dan... saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan parang" kata hakim.

"Celaka!", jerit pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata, "Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini, saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkamah"

"Maaf. Yang Arif... " jawab lelaki yang menjerit tadi.

Dia lalu berkata, "Saya adalah jiran pesalah... sebenamya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, pisau dan parang, dia selalu cakap tidak ada!"
Share on Google Plus

About Webmaster

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 pengomen:

Post a Comment